Thursday, December 12, 2019

PENANG GETAWAY DEEPAVALI 2019

#PdahSharing
#PenangIsland
#CuticutiMalaysia

Kalau nak ke Penang untuk cuti sebenarnya banyak tempat menarik yang Kita boleh explore .Pdah cadangkan 3H2M  paling kurang untuk explore tapi depends pada interest masing2

Antaranya:

1) Escape Penang
Bagi yang suka aktiviti adventure Dan plan nak bersukaria di water park boleh ke sini.Ada water slide panjang yang baru siap.Untuk dapat harga yang berbaloi Dan jimat sila booking at least 3bulan sebelum di website jika dah Ada date nak travel kerana harga berbeza bergantung kepada tarikh booking.
Untuk escape dicadangkan untuk ambik pakej 2D1N Dan bermalam untuk really enjoy!
Hari pertama habis kan Masa buat semua aktiviti di adventure Park Dan Hari kedua di water park.Baru berbaloi dengan bayaran masuk! Tapi jika masa limited boleh ambil day pass.Sebelah pagi habiskan masa di Adventure Park Dan sebelah petang di Water Park.

2)The Top Penang
The Top Penang nie salah satu attraction baru di Penang yang terletak di KOMTAR Penang.
Betul2 dalam bangunan KOMTAR.dia Ada banyak aktiviti Dan 2jenis tiket entrance.RM48 atau RM78. Apa beza 2 tiket nie?
RM48 nie tiket dia untuk ke 2 attraction sahaja iaitu Rainbow Skywalk Dan observatory Deck yang Mana Kita boleh nampak view Penang dari tingkat 64 Dan 68.view memang sangat cantik dan boleh berjalan atas kaca❤

This time pdah pilih yang pakej one day pass yang berharga RM78 sebab lebih berbaloi untuk 16 tempat.we really have fun here❤
Bagi government rate ,dia bagi discount 20% jadi memang rendah Dan berbaloi.dengan abah pdah sekali kena paksa ngan kitaorang mainπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

3)Bukit Bendera
Orang kata kalau ke Penang tapi Tak ke Bukit Bendera ibaratnya belum sampai Penang.hehe
Untuk Bukit Bendera di sarankan pergi awal pagi kalau nak tengok view cantik dan Tak beratur lama terutamanya di musim long weekend.macam pdah haritu pergi pukul 9am sabtu time cuti deepavali pulak tu.jadi mmg jem gile.tgk schedule pukul 2 baru boleh naik.jadi Kita tukar plan ke besok harinya.
Kitaorang stay di Batu Ferringhi jadi agak jauh sikit.So,ktorang plan bangun awal untuk pastikan pukul 7am kitaorang dah smpai sana. Pukul 7:30am kitaorang dapat Naik train Dan view memang breathtaking ❤❤ Harga tiket RM12(return) untuk dewasa
Tips nak murah : Pergi pada weekend /weekdays bias before 9am.Entrance tiket dia cuma RM3 seorang.murah kan?

Nanti pdah share pasal tempat makan best pula ya.xoxo